Thursday, April 29, 2010

LHDN-Perlepasan utk sukan/sports



KHAMIS, 29 Apr 2010 - Seperti yang dikehendaki oleh Gov. aku ( bukan nama sebenar ) yang selalu last2 minit baru pergi ker LHDN kt Center Point, Kuantan baru sekejap tadi. Tu pung member2 semua dah settle diaorang punye e-Filing. Ni aku 1st time punye e-Filing. Biasenye aku isi manual melalui borang BE, tapi borang tu dah takde dah, kata org Lembaga. sampai sana biase ah buat2 bodoh, cam tak tahu ape2. Mula2 gi kaunter kt dalam dewan, tanya camne nok buat e-Filing 1st time, kena tendang ke meja belakang, pegi meja belakang explain kt diaorg, diorag kata kena gi depan sana, gi depan sana balik, rupa2nye dia ingat aku ade surat, tapi ape pung aku takde. Pastu explain lg kt diaorg, akhirnye diaorg baru paham, dia bgi pin no. aku plok tertinggal aku punye pernyata AE, turun balik pegi ambik kt kete. Pastu naik blik jumpa balik ngan pegawai Lembaga, Q&A berlaku. Rupanye2 banyok mende yang boleh kita elak dari dikenakan cukai. Beli mag, komputer, sports, anok2 skoloh, tabung pembelajaran anok2, insuran kesihatan. Tapi aku dok puas hati ser jer, bahagian sukan. Kenapa sukan bolasepak hanya beli bola saje boleh lepas sedangkan kasut bola yang lebih penting...dari situ ramai yang boleh lepas dari cukai kerana majoriti rakyat M'sia main bola. Bayangkan satu padang ade 22 pemain dan 22 pasang kasut dan 22 org boleh lepas cukai, tapi hanya bola saje yg lepas bermakna hanya 1 org jer yang berjaya lepas cukai...ini tak adil !!! Sukan lain spt badminton bereh dari raket sampai ker bola. Satu lagi, pakaian sukan tidak boleh lepas cukai, ini pung tak okey pasal pakaian yang penyumbang yang terbesar dlm sukan....ini jugak tak adil..!!!
Tapi akhir nya aku gembira kerana dgn pengiraan e-Filing ni aku dengar ramai yang terlebih bayar termasuklah aku......tapi itu aku, BAGAIMANA DENGAN ANDA..???

No comments:

Post a Comment